Rindu Rakan TTC

Ingat lagi masa mula berblog sebab aku tepengaruh dengan kawan aku..Pastu masa tu aku bujangan lagi..orang cakap suka-suka je..Lepas kawen blogla tempat buat luahan perasaan..hehehe..Kemudian terjumpa dengan rakan-rakan ttc..Baca luahan dan pengalaman diaorang..Ada yang berjaya dan ada yang masih mencuba..Aku kagum dengan semangat rakan TTC yang tak pernah putus asa..
Saling support each other..Seronok dulu berbalas comment..baca kisah rakan-rakan semua..

Mana rakan-rakan TTC semua tu sekarang..Alhamdulillah aku dah nak masuk 3orang anak..aku ada kawan yang sudah berkahwin hampir 10 tahun...macam-macam dugaan dia..Sampai dia ambil anak angkat sehingga anak angkat berumur 6tahun..Tiba-tiba dia bagitau pada aku dan rakan-rakan dia hamil anak pertama..Alhamdulillah..Siapa sangka akhirnya penantian dia dan suami untuk dikurniakan zuriat sendiri termakbul.Pada rakan-rakan TTC, Aku sentiasa doakan rakan-rakan dikurniakan cahaya mata..Jangan berhenti berdoa dan berharap..InsyaAllah cepat dan lambat je Allah akan kurniakan juga pada rakan-rakan semua..

Ok la kalau ada rakan-rakan TTC yang baca boleh la drop comment dan keep in touch balik..

My 3rd Pregnancy

Dah lama tak update..Ni mood rajin kembali lagi..Ye aku pragnant anak no 3..So aku dah join club mak beranak 3..Sekarang pon aku dah third trimester hokey mean dah 37w...Wowie anytime mak boleh beranak.hehehe.....
Since aku pregnen anak no.3 ni..memang tak story sangat bab no.3 ni..bukan tak eksited..Tapi aku malas betul nak mengupdate blog..Dengan keadaan tak berapa ok..Ye pregnen anak no 3 ni aku kena GDM..ho mai...Sepanjang pregnen anak 1st and 2nd mak clear okay..tup-tup time minum air gula untuk no.3 sangkut...Hoo stress-stress...
Since awal pregnen aku de problem urine dengan protien la..so start buat buku merah aku dah kena checkup setiap 2 minggu..Sampai sekarang dah masuk 37w ni dah start checkup semingu-seminggu..Alhamdulillah urine aku takde problem dah..Ingat lagi kes protien...albumin dan ketone..aku kena hangkut tong urine 24h..nangis weh nak kena collect sample urine tu..esoknye nak kena pulak pegi klinik hantar..hoii memang pregnen no.3 ni macam-macam problem..Tapi mak redho ye la..Semua tu ujian..nak cakap apa kan..sendiri cari penyakit...hahaha...
Ilham dan Imani Alhamdulillah..mujur tak banyak ragam.nak-nak si Imani..So far tidur pon dengan ayah..cuma siabang plak manja telebih, semua nak mama..tidur pon nak dengan mama..kesnye sebab nak tidur si Ilham kena main telinga mama..Kalau dengan ayah, dia akan cakap ayah rimas..hahaha..pandai plak dengan ayah ok je tidur tak main telinga..
Incik suami pon dah pindah dekat dengkil..So ujung-ujung pregnen ni mujurla dia dapat hantar dan amik aku dengan anak-anak..tidak mau masak jugak aku nak drive nih...Oh yee due aku ikutkan yang doktor bagi 3 nov 2016..Tetapi kalau ikutkan gaya mak ni macam ujung oktober je,bukan apa semua yang jumpa aku akan cakap dah tak lama ni...nampak sarat sangat...Hoii..debar weh walaupun dah nak masuk 3..Debaran tu still sama macam nak beranak anak 1st...
Persiapan kali ni aku rasa macam gigih pulak..yela masa ilham aku guna set berpantang nona roguy...Tapi tak abih pon..So masa imani aku beli bidan kampung buat je..Alhamdulillah aku guna abih..Tapi anak no.3 ni gigih plak aku beli set..hahahaa...fefeling anak 1st jugak..puas google dan baca review..aku pilih Set berpantang Afiat..Rasa ok skit harga pon murah,.so kalau tak abih xde la rs cam nyesal kan..hehehe..Hopefully berjaya la guna semua..Mandian plak kali ni aku cakap dekat incik asben tak payah suruh anak buah dia hantar daun-daun kayu dari kampung..cukupla aku beli mandia bersalin TYT je..Bukan apa guna uncang senang..bilik air pon takdela bersepah dengan daun-daun kan..Lagipon rasa macam nyusahkan dorang plak nak bawak dari utara nun...Barut plak aku beli dekat lunatots y begkung bertali dengan zip skali.Tapi ada lagi barang yang aku xabih beli lagi rasanya..Untuk kali ni aku lebih fokus pada barang aku sendiri..Sebabnya barang baby semua still elok lagi..just tambah 2...3 helai je baju,seluar...pastu kakak aku bagi barut baju anak dia..so banyak la pulak baju sikecik ni..maka mak pon fokus untuk diri mak je la..hehehe...Minyak baby aku guna barang tropika.
Nah layan kan gambar Ilham dan Imani..

part ni aku paling suka sebab bilik bau jamu..memang feel nak beranak hokay...

Sukan Tahunan Si comel

Hai semua...Lama sungguh tak update blog..Berkurun aku rasa dah tak update.Mood ntah lari kemana.Nak-nak bila preggy nombor 3...Dah nak jadi mak anak 3 dah aku nih..So far Alhamdulillah..walaupon memula pregnant ada sikit problem..Tapi Alhamdulillah semua ok.
Kejap je aku rasa dah nak masuk 3 orang anak..hehehe...Rasa macam Imani baru jer bersalin..dan still rasa macam dia baby..hehehe...
Last week ada Sukan Nursery Ilham dan Imani...Abang Ilham macam biasa la semua acara dia nak masuk...Yang si adik pula..Imani masuk acara tapi macam orang takde perasaan..Kita punya bagi support jerit-jerit suruh lari..Imani boleh jalan je tengok..hahaha..Imani la..memang muka slamber ko dik...
Bangun awal pagi dua bradik tu.dah tak payah mama nak kejut..semangat sungguh Ilham nak bersukan..Kalau tanya Imani dia pon sama je, dia mengikut je apa yang abang buat.
Sukan tahunan buat dekat padang kejiranan Presint 16. Maka marilah kita ke sana beramai-ramai..Nursery Ilham semua pakai baju oren..maklumla dorang semua mewakili buah Salak..Lupa pulak aku nak snap..sebabnya aku bukan larat nak berdiri lama-lama dengan perut besar..Ini pon aku gagah juga sebab 1st time ank-anak masuk sukan..mak is teruja lebih...haha..excited nak tengok anak-anak main..Alhamdulillah Ilham dan Imani ok..
ni sebelum acara perbarisan
imani dan ilhami

ni acara back walk coconut

blind shoot

yeay abg ilham juara..suka nau


sirambut kinting ni tak tahu apa..mujur dpt jugak hadiah

ni bukan acara ayah dan anak..tapi ayah tlg bawak imani lari..dia rilek je...


Aku pon nak menaip malas..hehehe...okla update secoet nih...nanti rajin aku update lagi..sekian melaporkan sukan tahunan taska Ilham dan Imani

Segmen : Bloglist Oktober 2015 by Nysa

http://pemilikcintahati.blogspot.my/2015/09/segmen-bloglist-oktober-2015-by-nysa.html
Lama tak join bloglist kan..So hari ni sempena esok nak raya maka marilah kita join bloglist cik Nisa..Tak susah pon just follow blog cik Nisa Kecik comel tu..then tinggal le jejak korang...Jom join reramai kan...

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html
GA kembali lagi..since aku salah seorang peminat Aidijuma..Maka mari la kita join..Mana tau rejeki dapat free..hehehe...so nak join boleh klik banner GA ni..Syarat pon tak susah dan tak banyak pon..just ikut je step dia mcm kat bawah ni:

1. Follow Blog Anies
    - Aku dah Follow

2.Buat Satu entry Bertajuk "TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES
(tulis je pengalaman/cerita menarik tentang tudung or mcm apa2 la...)
   - Pengalaman aku pakai tudung masa zaman sekolah memang tak suka nak lipat tudung..sampaikan ada seorg cikgu math siap warning pada geng2 aku..kalo kitaorang xlipat tudung nanti dia yang akan lipat tudung kitaorang tu...hehehe..geng tudung muncung..gler hebat rasa masa tu kalo tak lipat tudung..hehehe...kalo lipat tudung tu rs macam nerd je...)


GA ni start dari 14 sept hingga 24 sept 2015..so ada masa lagi nak join..Korang boleh cek hadiah-hadiah yang ditawarkan..menarik-menarik.....

Memori Daun Pisang

Tajuk macam lagu Amelina plak..hehehe..Ini cerita aku dengan incik suami.Masa kitaorang baru kenal dalam 3minggu kot..tengok tarikh posting tu 4 jun 2009 lepas 2 hari besday aku..hehehe..Kan story aku dengan incik suami ni sangat pantas..zap..zup..zap..tau-tau dah tunang then kawen..kami bukan bercinta bagai nak rak pon..
Sebenarnya masa aku tengok blog tetiba teringat blog incik suami..apa lagi zassss buka blog sopijoe ni...belek-belek posting..tengok tajuk posting ni...Lawak plak baca posting ni..Rasa macam baru semalam bercinta..Memang incik suami aku tak penah cakap direct dia sayang aku or cakap i lebiu tu..Bila baca balik posting tu, ayat yang dia sayang jam loceng (aku la tu)..Susah sangatkan nak cakap saya suka awak ke saya nak dekat awak kan..hehehe...
Aku pon tak tahu macam mana aku dengan incik suami bole terus nak kawen..Jumpa tak sampai sebulan terus decide nak tunang, then tunang plak tak lama dalam 4 ke 5 bulan terus nikah..memang semuanya pantas dan sangat smooth jalannye..Allah permudahkan semuanya..mungkin juga restu dari orang tua..betul la kan kalo dah mak kita restu maka Allah permudahkan semua..

Sama-sama frust..dah la frust tahun yang sama pastu single dalam 2 tahun..Sekali kawan aku kenalkan terus melekat..thanks feeda match maker kitaorang..hehehe..

Nak kena suruh incik suami aktif blog balik la..last posting blog..jemputan kahwin kitaorang..hehehe...


Koleksi Anggun Rizman Ruzaini



Memandangkan tak lama lagi dah nak Raya Haji. Sangat sesuaila pada mereka-mereka yang tengah mencari baju raya.Pastu baju plak rekaan designer yang meletops!!! Kenai dak Rizman Ruzaini???hoii rugi tak kenai oiii..dah la macho buat baju pon lawa-lawa..Sentuhan penuh magis gitu kan.
Memandangkan industri fesyen tempatan sememangnya meriah dengan koleksi pakaian hasil sentuhan pereka-pereka fesyen yang berbakat dan salah satunya adalah Rizman Ruzaini yang cukup disegani. Nama yang seangkatan pereka-pererka terkenal yang lain seperti Jovian Mandagie, Rizalman dan Hatta Dolmat ini cukup mendapat perhatian ramai penggemar fesyen termasuklah selebriti-selebriti terkenal tanah air. Meleleh ayaq mata tengok design yang memang cun sangat nih



Nama-nama besar seperti Dato Siti Nurhaliza, kak ZZ (Ziana Zain) Misha Omar dan Erra Fazira merupakan diantara selebriti yang sering tampil dengan menggayakan koleksi pakaian menawan hasil sentuhan ajaib pereka fesyen muda yang berbakat ini.Ha kan dah cakap bukan sebarang selebriti yang pakai kalau korang beli pakai masa raya nanti..KOMPOM balik kampung orang kampung ingat retis datang beraya umah ko.Mengakui trend fesyen Muslimah yang kian mendapat perhatian ramai, Rizman Ruzaini juga kini turut tampil dengan koleksi pakaian Muslimah seperti baju kurung dan jubah dengan sentuhan moden yang cukup anggun. Memang sesuai sangatkan..No more excuses nak melawa..Sekarang muslimah pon dah boleh berfesyen kan.Nah akak payung lagi gambar koleksi Rizman Ruzaini kat bawah nih..
 



Penggunaan fabrik selesa dengan pemilihan warna pastel yang lembut menjadikan penampilan si pemakai kelihatan begitu feminine dan bergaya. Memang selesa sangatkan.Tengok gambar pon dah tahu. Bukan itu sahaja, Rizman Ruzaini juga bijak menggunakan elemen lace sebagai perincian utama yang menonjolkan lagi koleksi terbaru beliau.
Untuk koleksi Rizman Ruzaini for ZALORA ini, anda juga berpeluang untuk memilikinya secara online di laman web ZALORA Malaysia dalam tawaran harga yang cukup berpatutan. Pembelian yang amat pantas dan mudah dengan hanya beberapa klik. Buat pembelian anda hari ini juga dan nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta pemulangan juga percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Ha tunggu apa lagi sila la ke website ZALORA dapatkan koleksi terkini RIZMAN RUZAINI dan feeling retis gitu..