Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 Putrajaya (PBBR)

Olaa..mahapkan daku lama menyepi nak update blog daku yang usang ni..walaupon nan hado orang nak baca aku peduli apakan..Meh aku continue pengalaman aku bersalin dekat hospital PBBR P8 ni..

Lepas kene cek doktor decide hantar aku ke wad presint8.Sebenarnya ni adalah pengalaman ke 2 aku warded dekat PBBR..yang 1st masa aku bleeding skit..tapi yang tu aku duduk 1 malam je..Masa dekat hospital aku kene naik ambulance tak boleh pegi sendiri..Merasa la naik la ambulance untuk ke3 kali nya...hehehe...incik suami aku follow by car..Memandangkan belum da tanda-tanda nak bersalin so aku ditempatkan diwad dulu..Wad sangat best sebabnya ko akan rasa macam duduk spital private bilik sesorang..cuma unlucky tak dapat bilik yang ada bathroom skali..hehehe..Hospital PBBR ni sebenarnya asal dari kuarters.So bila duduk situ tak rasa macam duduk wad pon dah rasa macam duduk rumah..Bilik 3..1 masterroom and 2 bilik tido biasa..Jangan risau semua bilik ada kipas and aircond okay..

Okay story aku dalam kol 3.30am tu aku dah rasa contraction yang kerap..Konon guna apps untuk count contractions..Tapi..tapikan akutak reti nak tengok dan baca..hahaha...banyak kali aku guna tapi tak paham-paham jugak...ends up aku picit loceng pamggil nurse sebab sakit tak tahan..oh lupa plak kat wad ni para suami tak dibenarkan teman..tapi takpe malam tu incik suami aku tido dalam kete..Dekat sini jugak disediakan bilik menunggu..memang selesa aircond semua..tapi..tapikan sunyi incik suami cakap..hahaha..Nurse datang aku cakap sakit..depa tanya aku brapa minit skali..aku cakap tak tahu tapi sakitla..so decide seluk nak cek buka berapa cm dah..masa dorang cek dah buka 4cm terus anta aku ke labour room..Nurse suruh aku kol suami..trus zass tak payah suruh pon memang aku kol..dah siap kol dorang suruh ke labour room..jalan kaki je dekat je pon..Tapi memandangkan contraction koi kuat..yang dekat pon aku rasa macam beribu batu..jalan sikit benti..jalan sikit benti..aku tak guna weelchair..

Sampai di labour room..waaa suasana bertukar rasa tenang sebabnya dorang pasang alunan zikir dan surah-surah Al-Quran. Masa dekat dah jam 4am..sakit makin kuat..aku bagitau incik suami sakit sebab tak tahan..aku paksa incik suami baca surah yasin..bila contraction je aku genggam tangan incik suami..aku ni de satu prangai pelik..tengah-tengah sakit otak aku bole memikir lagi.hahah..masa sakit mula aku pikir macam nak putus asa je nak czer..tapi aku buang semua yang negative tu..Part best kat PBBR ko enter je labour room nurse akan bagi kurma sebijik n air zamzam secawan kecik..Dalam tengah sakit sempat lagi aku cakap kat incik suami..bagusla kat cni..hehehe..macam biasala aku ni tengah dok sakit bagai pon orang bagi makan aku bole makan..hehehe...aku ngadu sakit kat incik suami tak tahan..panggil nurse tapi dorang cakap dorang takkan cek dah bukaan sebab 3.30 baru cek..lagipon lambat dorang kata nak buka ke 10cm..Tapi aku rasa  macam tak tahan sangat-sangat..4.30am aku paksa incik suami paggil nurse suh cek sebab aku rasa macam tak tahan dah..sekali cek dah buka 6cm adoila nak ke 10 tu aku tengok jarum jam macam tak begerak..tapi bole sembang-sembang lagi la dok cakap mesti kali ni baby keluar dalam kol 8 lebih ni..

5am
Sakit kuat sangat kali ni aku macam serah je kat nurse.Tapi tiap kali nurse nak seluk time tu la contraction..aku mintak kat nurse nak duduk..dorang bagi..aku siap tanya nurse lambat lagi ke ni..macam tak penah bersalin je aku nih..mujurla nurse-nurse baik semua layan aku.dorang cakap lambat lagi ni puan ketuban pon tak pecah lagi..skali tu dalam 5.15am lebih kurang la trus ketuban pecah waktu aku tengah duduk..elok je pecah terus rasa nak terkeluar dah baby..aku terus cakap kat nurse saya nak teran sekarang..waktu ni aku dah tak pikir kedudukan aku dah..dalam kepala otak ni mikir nak keluarkan baby dengan cepat je..2x push Alhamdulillah keluarla insan comel yang beratnya 3.27kg..hehehe Alhamdulillah..

Apa yang boleh aku bagitau dekat PBBR ni memang selesa dan puas hati layanan..Dekat sini pon mementingkan susuan ibu..labour room pon selesa..compare to hospital aku rasa kat PBBR lagi best..hehehe..lagipon masa aku bersalin tu hanya aku sorang je..memang best sangat-sangat..Tapi PBBR ni hanya menerima pesakit yang tak de risiko..kalo ko de kencing manis ke..darah tinggi ke dorang tak terima..dah tamatla kisah bersalin..Imani pon dah masuk 2bulan baru dapat sambung story...

2 comments:

Siti Fatimah said...

Salam nak tanya. Mcm mana nk bersalin kt situ? Kena buat booking dulu ke, atau terus pergi bawak buku merah je?

Terima kasih.

cikcoklat a.k.a Haiza said...

kat situ tak boleh buat appointment..situ doktor y decide antar..if masa pregnen anak 1st xde prob bole la bersalin kat sn..if ada mmg xbole..n 1 lg untuk anak 1st doktor mmg xbagi..