Agar-Agar Bandung Cincau

Hari ni da rasa rajin skit sebab aku buat agar-agar bandung cincau..since hari isnin hati mak sentap dek anak bujang yang baru umo 2tahun6bulan9ari cakap kek(dalam erti kata agar-agar) tak sedap..ini semua gara-gara simama gigih buat agar-agar ribena letak susu..Semua ni pengaruh iklan la weh..Masa nak berbuka aku potongla agar2 ribena letak dalam pinggan pastu ilham datang dapur tanya aku apatu..aku cakapla agar2..then dia cakap nak kek..aku bagi la 2 potong dalam pinggan..bila aku ke depan tengok dia tak makan..aku tanya kenapa tak makan..dengan rasa bersalah ilham cakap kek tak sedap..uwaaaa anak bujang aku dah pandai komplen mama masak..
So arini mama buat balik agagr-agar bandung cincau dengan harapan akan dapat pujian dari anak bujang sorang ni...si ayah tak yah tanya la..kalo tak sedap tak makan terus..sentap mak noks..so lets buat agar-agar yang disukai seisi rumah..
Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 (aku guna agar2 tali)
1/2 susu cair
Cincau
Gula (ikut tahap kemanisan korangla.aku guna skit je sebab aku dah manis..hehehe)
500ml air
Pewarna merah (sirap)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air tu dulu sampai hancur (sampai dah tak bertalila).
Bila dah hancur tu masukkan gula(kacau) gula dah larut masukkan susu dan pewarna sirap.
Potong cincau (aku potong dadu je.tp ikut koranglakan kot kretip buat bentuk panda) pastu tabur je.haaa dah siap letak kat peti ais bagi sejuk..tunggu masa berbuka baru makan yooo..

Agar2 bandung cincau mak sentap
Ehh..da lagi menu lain..siakap 3rasa..sayur sawi parkchoy..nanti aku share resepi yer...daaa nak amik anak teruna n anak dara kt nursery...rini 1stday antar anak dara ke nursery

No comments: