Menu Iftar Siakap 3 rasa n park choy sos tiram

Sempena bulan puasa ni ramai bebenor update menu berbuka yer..aku pon nak update jugak..tapi bukan menu berbuka hari ni sebab hari ni menu berbuka aku gantung periuk..Since dah hari ke 13 ramadhan aku req nak berbuka kat luar plak..
Sebenarnya menu aku tu menu iftar ke10..Sebabkan rajinkan so aku buat la menu sedap skit siakap 3 rasa n parkchoy sos tiram..lagipon cuti berpantang de berbaki lagi beberapa hari je kan..kang da start keje takdenya gigih nak buat menu da boom bagai..
Siakap 1/2  3rasa..ayam n ikan goreng agar-agar bandung cincau n parkchoy sos tiram
Jangan pelik plak siakap tu da jadi separuh.Bukan incik suami beli separuh tapi aku kerat buat separuh je untuk makan berdua.Buat sekor kang membazir aje.Nah resepi siakap 3 rasa ringkas.

Bahan-bahan :
1/2 ikan siakap
1 biji cili besar
2 ulas bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
1/2 inci halia (racik2 ikut korang la)
2 helai daun limau purut (ni aku saja letak)
1/2 biji nenas (aku buat sebelah je sbb ika  pon sekerat je)
1/2 carrot (ni pon aku saja-saja masuk)
Tepung jagung (ni nak gaul dgn ikan)
Garam (ikut tahap kemasinan yang korang suka)
Gula (since aku masak memang takpakai pak aji naik moto so aku masuk gula utk balance kan rasa)

Bahan menumis:
3 sb cili kisar
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sk kicap

Cara-cara:
1. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan garam.Dan gorengkan ikan sampai kekuning-kuningan.then angkatla dah masak.
2. Tumiskan dulu bawang besar/cili besar/bawang putih dan halia sampai layu
3.masukkan cili kisar+ sos cili+ sos tomato dan kicap tumis sampai pecah minyak.
4. Dah pecah minyak masukkan carrot/nenas kacau sebati.Masukkan garam dan gula..Agak2 mcm kering tu tambah air skit.Pastu siap! Boleh letak atas ikan.tapi aku tak letak terus dekat berbuka baru aku letak.

Resepi Park Choy sos tiram

Bahan-bahan:
Sayur Park Choy
Sos tiram
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Ikan bilis
Bawang merah(sebab takde bawang goreng so aku buat sendiri)
Ikan bilis (aku guna ikan bilis gantikan udnag kering)
Tepung jagung

Cara-cara
1. Panaskan air didalam periuk dengan letak garam sedikit..ini untuk celurkan sayur japg.Bila dah mendidih celurkan sayur tu.agak-agak dah layu angkat.Jangan sampai layu sangat.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai layu.
3. Masukkan sos tiram sedikit je.Kemudian kacau letak air sikit sebab nak bagi berkuah.Pastu masukkan garam skit je sebab soso tiram pon dah masin.Nak bagi pekat letak tepung jagung
4. Kuah dah masak boleh la angkat trus letak atas sayur.
5. Goreng ika  bilis dan bawamg merah sampai garing kemudian angkat dan tabur atas sayur.

Ikan goreng dan ayam goreng tu tak payah la bagi resepi gak..yang tu semua orang tau..hehehe..resepi agar-agar bandung cincau tu tengok entry sebelumnya...

Ok selamat berbuka!!!
#pray4gaza
#gazaunderattack


No comments: