Segmen : Bloglist Oktober 2015 by Nysa

http://pemilikcintahati.blogspot.my/2015/09/segmen-bloglist-oktober-2015-by-nysa.html
Lama tak join bloglist kan..So hari ni sempena esok nak raya maka marilah kita join bloglist cik Nisa..Tak susah pon just follow blog cik Nisa Kecik comel tu..then tinggal le jejak korang...Jom join reramai kan...

Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html
GA kembali lagi..since aku salah seorang peminat Aidijuma..Maka mari la kita join..Mana tau rejeki dapat free..hehehe...so nak join boleh klik banner GA ni..Syarat pon tak susah dan tak banyak pon..just ikut je step dia mcm kat bawah ni:

1. Follow Blog Anies
    - Aku dah Follow

2.Buat Satu entry Bertajuk "TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES
(tulis je pengalaman/cerita menarik tentang tudung or mcm apa2 la...)
   - Pengalaman aku pakai tudung masa zaman sekolah memang tak suka nak lipat tudung..sampaikan ada seorg cikgu math siap warning pada geng2 aku..kalo kitaorang xlipat tudung nanti dia yang akan lipat tudung kitaorang tu...hehehe..geng tudung muncung..gler hebat rasa masa tu kalo tak lipat tudung..hehehe...kalo lipat tudung tu rs macam nerd je...)


GA ni start dari 14 sept hingga 24 sept 2015..so ada masa lagi nak join..Korang boleh cek hadiah-hadiah yang ditawarkan..menarik-menarik.....

Memori Daun Pisang

Tajuk macam lagu Amelina plak..hehehe..Ini cerita aku dengan incik suami.Masa kitaorang baru kenal dalam 3minggu kot..tengok tarikh posting tu 4 jun 2009 lepas 2 hari besday aku..hehehe..Kan story aku dengan incik suami ni sangat pantas..zap..zup..zap..tau-tau dah tunang then kawen..kami bukan bercinta bagai nak rak pon..
Sebenarnya masa aku tengok blog tetiba teringat blog incik suami..apa lagi zassss buka blog sopijoe ni...belek-belek posting..tengok tajuk posting ni...Lawak plak baca posting ni..Rasa macam baru semalam bercinta..Memang incik suami aku tak penah cakap direct dia sayang aku or cakap i lebiu tu..Bila baca balik posting tu, ayat yang dia sayang jam loceng (aku la tu)..Susah sangatkan nak cakap saya suka awak ke saya nak dekat awak kan..hehehe...
Aku pon tak tahu macam mana aku dengan incik suami bole terus nak kawen..Jumpa tak sampai sebulan terus decide nak tunang, then tunang plak tak lama dalam 4 ke 5 bulan terus nikah..memang semuanya pantas dan sangat smooth jalannye..Allah permudahkan semuanya..mungkin juga restu dari orang tua..betul la kan kalo dah mak kita restu maka Allah permudahkan semua..

Sama-sama frust..dah la frust tahun yang sama pastu single dalam 2 tahun..Sekali kawan aku kenalkan terus melekat..thanks feeda match maker kitaorang..hehehe..

Nak kena suruh incik suami aktif blog balik la..last posting blog..jemputan kahwin kitaorang..hehehe...


Koleksi Anggun Rizman Ruzaini



Memandangkan tak lama lagi dah nak Raya Haji. Sangat sesuaila pada mereka-mereka yang tengah mencari baju raya.Pastu baju plak rekaan designer yang meletops!!! Kenai dak Rizman Ruzaini???hoii rugi tak kenai oiii..dah la macho buat baju pon lawa-lawa..Sentuhan penuh magis gitu kan.
Memandangkan industri fesyen tempatan sememangnya meriah dengan koleksi pakaian hasil sentuhan pereka-pereka fesyen yang berbakat dan salah satunya adalah Rizman Ruzaini yang cukup disegani. Nama yang seangkatan pereka-pererka terkenal yang lain seperti Jovian Mandagie, Rizalman dan Hatta Dolmat ini cukup mendapat perhatian ramai penggemar fesyen termasuklah selebriti-selebriti terkenal tanah air. Meleleh ayaq mata tengok design yang memang cun sangat nih



Nama-nama besar seperti Dato Siti Nurhaliza, kak ZZ (Ziana Zain) Misha Omar dan Erra Fazira merupakan diantara selebriti yang sering tampil dengan menggayakan koleksi pakaian menawan hasil sentuhan ajaib pereka fesyen muda yang berbakat ini.Ha kan dah cakap bukan sebarang selebriti yang pakai kalau korang beli pakai masa raya nanti..KOMPOM balik kampung orang kampung ingat retis datang beraya umah ko.Mengakui trend fesyen Muslimah yang kian mendapat perhatian ramai, Rizman Ruzaini juga kini turut tampil dengan koleksi pakaian Muslimah seperti baju kurung dan jubah dengan sentuhan moden yang cukup anggun. Memang sesuai sangatkan..No more excuses nak melawa..Sekarang muslimah pon dah boleh berfesyen kan.Nah akak payung lagi gambar koleksi Rizman Ruzaini kat bawah nih..
 



Penggunaan fabrik selesa dengan pemilihan warna pastel yang lembut menjadikan penampilan si pemakai kelihatan begitu feminine dan bergaya. Memang selesa sangatkan.Tengok gambar pon dah tahu. Bukan itu sahaja, Rizman Ruzaini juga bijak menggunakan elemen lace sebagai perincian utama yang menonjolkan lagi koleksi terbaru beliau.
Untuk koleksi Rizman Ruzaini for ZALORA ini, anda juga berpeluang untuk memilikinya secara online di laman web ZALORA Malaysia dalam tawaran harga yang cukup berpatutan. Pembelian yang amat pantas dan mudah dengan hanya beberapa klik. Buat pembelian anda hari ini juga dan nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta pemulangan juga percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Ha tunggu apa lagi sila la ke website ZALORA dapatkan koleksi terkini RIZMAN RUZAINI dan feeling retis gitu..

Giveaway 1.0 Missdae

http://missdae.blogspot.my/2015/09/giveaway-10-missdae.html

Siapa yang nak pergi bercuti free? Cepat-cepat meh sini aku nak bagitau..Sila la join Giveaway 1.0 Missdae nih.. GA ni 1st time Missdae buat..So mari kita memeriahkan suasana hari raya.Tak susah pon nak join..Just follow je syarat-syarat yang dibuat.

1. Follow blog Missdae

2. Buat entry GA nih

3. Like Missdae page

4. Follow Ig 

5. Copy and paste link ke dalam blog kita

 

Dateline : 11/9/2015 Jumaat

 

Hadiah memang aku suka sebabnya korang tengok sendiri la hadiah yang di bagi tu..Rugi kot kalau tak join.

So simple kan..

Giveaway 1.0 by ENA

http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html

Mood join GA kembali lagi. Maka mari la kita join Giveaway 1.0 by Ena ni. Sempena anniversary yang ke 5 kan..So jom meriahkan GA Ena.. Bukan susah pon..

SYARAT-SYARAT



 1) follow BLOG ENA


2) follow google plus  (g+)  ENA


3) like FB PAGE ENA


4) Copy Banner di atas dan buat satu ENTRY bertajuk Giveaway 1.0 by ENA  


5) Back link ke entry ini.


6) Tinggalkan  LINK URL  tersebut di komen entry ini sebagai bukti penyertaan anda




HADIAH

Ena akan pilih secara undian :

1 PEMENANG untuk menerima hadiah misteri dari ena ( ena akan poslajukan)

 3 PEMENANG dari senarai peserta untuk ena review BLOG secara PERCUMA;)

6 PEMENANG untuk disenaraikan dalam BLOGLIST SEPTEMBER DAN NOVEMBER di www.aeinnamusa.com ;)
 
 
Dateline :28 Ogos - 8 Sept 2015

Aidil Adha GiveAway by Dyana Hassan


Cepat-cepat nak dapat baju raya AidilAdha free..meh la join GA Dynana Hassan ni..Berbaloi folow blog si dyana hassan ni weh..sebab dyana de jual baju jugak..yang ni akak suka bab shoppong-shopping dik..pastu dyana rajin la jugak review bab-bab makan..ko macam tau-tau je akak suka makan kan..rajin bebenau si dyana review bkn makan je..produk pon....hehe...ha apa lagi Klik je link kat bawah ni:


 Hadiah cantik-cantik yer..Dapat baju kurung Saloma




Syarat syarat penyertaan : 
1. Warganegara Malaysia - dah

2. Mesti follow blog DyanaHassan - dah 
3. Follow Instagram - @dyana_fd - dah

4. Follow Instagram - @closetcloud.fd - dah

5. Buat 1 entry bertajuk "Aidil Adha GiveAway by Dyana Hassan"
Content entry:
(i)  3 sebab (atau lebih) kenapa blog Dyana Hassan berbaloi untuk di follow - ni pon dah
(ii) Backlink ke entry ini (letak link entry giveaway ini di dalam entry anda) - dah buat jugak
(iii)Tag 5 rakan blogger anda di entry blog anda


1. Leyna hafiz
2. mama mursyid
3.ctmah
4. Huda
5. mastura


Start GA dari 25/8/2015 - 15/9/2015 cepat-cepat ada masa lagi nak join...GOOD LUCK semua

Kelas Memasak CHOUX PASTRY

Ini cerita masa aku join bengkel memasak anjuran PUSPANITA. Kelas ni buat hari jumaat separuh hari je. Aku pegi dengan opismate aku..Semangat betul nak belajar buat choux pastry..Lagipon bayaran tak mahal mana 1 kelas RM20 siapa tak nak kan.Kalau kat luar mahal.Bila dah ada yang murah ni mari la kita mendaftar.
Kelas ni buat dekat presint 10 dekat rumah persinggahan tu..Sebelum ni dekat bangunan puspanitapuri.agak crowded la sebab ramai kan. Dalam 1 group dekat 6-8 orang.Dah nama pon yuran murah, harusla ramai join.
Tak la susah mana pon nak buat bahan-bahan pon senang
Ni suasana dalam rumah tempat aku belajar membuat choux pastry tu.Masa ni tengah memilih tempat.Aku punya tempat harusla depan skali duduk depan cikgu..hehehe

 
Tengok Bahan-Bahan pon senang kan. Bila pergi menuntut ilmu ni baru la betul teknik nak membuat ni..Tidak mau hentam je kan follow blog orang lain..blog tu dah betul bagi cara buat..aku je yang memang tak reti tu yang kadang-kadang bantat..Kena la belajar orang cakap perlu berguru barula berjaya.

 Tara tengok hasil membuat doh yang betul comel je kan.Lupa plak aritu kitaorang belajar buat swan,cream puff dan eclair..aku paling suka buat cream puff dan eclair je la..swan aku tak gigih sgt nak buat..hahaha...


 Ni cikgu kitaorang hari tu..Dan cikgu yang sama untuk kelas-kelas yang lain..Cikgu ni ngajar dekat kolej komuniti dan sangatla baik ngajar tak kedekut ilmu.

 ok wefie kejap tuan tanah kedaung dan opismate aku sorang nih.. sementara tunggu nak siap bakar

 Ok taraaaaaa hasil setelah siap bakar..gemuk-gemuk macam tuan yang buat kan..hehehe...

 Last skali hasil buat swan..dan dip-dip dengan coklat..perh sedap..inti pon siap buat kan..sedap2 just nice tak manis sangat..i loike...Bulan depan da kelas lagi aku join lagi untuk kelas congo bars dan brownies.

Terima Kasih ZALORA

Cewah tajuk tak blah kan..hehee...bukan apa aku semalam membeli di ZALORA tup-tup harini dah sampai barang yang diorder tu..perh..lompat bintang mak..suka tau barang cepat sampai.Cepatkan..Semalam order harini dah dapat..
Since dapat voucher RM100 dari Zalora aku pon shopping kasut je la..Memangd ah niat nak cari kasut keje dan sandal..Bila dapat voucher free harusla lompat bintang kan..Trus aku zasss buka website ZALORA cari kasut yang bekenan dihatiku..Puas menilik ok dah dapat yang dihajati...Sila layan gambar kat bawah ni.

Tengok kat tempat wah dah dapat barang yang ditungu-tungu


Tengok sigojes hitam tu..Seksi bebenar aku nengok..hehehe..harga pon bole tahan tak mahal sebab de diskaun dapatla dalam rm45++..Aku suka tapak kasut tu..seksi aku rasa..Ok jimat dah duit aku nak beli kasut keje.


 Ni plak sandal ke-2 aku..Aku amik yang ni sebab nak cukupkan bajet RM100 tu..hehe..memandangkan aku taknak tambah duit dah..memang aku cari ngam-ngam dengan bajet RM100.Cun kan yang ni brand bata harga pon dalam rm40++ jugak. bole la pakai hari-hari..memandangkan aku ni jenis payah nak beli kasut.Bila dah beli memang aku blasah guna sunguh-sungguh la.

 Ehem-ehem siseksi dah tersarung kat kakiku..adoi seksinye rasa..haha..biarla tuan tak seksi pon kan..hehehe..
 Sandal ni plak aku test..ok semua puas hati.Brand BATA pon sedap ooo

Ni surat invoice

Jangan risau kalau tak muat atau terlebih muat boleh tukar dalam masa 30hari pembelian. Tengok Zalora siap bagi poslaju dalam pos tu.Pastu dapat lagi diskaun voucher dari zalora..Best kan..tunggu apa lagi sila p beli kat zalora.

p/s:ini iklan tak berbayar okay..aku saja review sebab puas hati dengan barang-barang dari zalora and aku rasa berbaloi bershopping kot..Tapi kalo Zalora nak aku review lagi pon bole..sebab dapat lagi voucher free kan..hehehe..siapa tak mau benda free...hehehe

Berjogging di Taman Seri Ampangan Presint 5

Seperti biasa weken je aktiviti wajib sekeluarga adalah berjoging..Weken baru ni kitaorang ke taman Seri Ampangan di presint 5 tu yang ada medan ikan bakar.Kalo tak kesitu kita orang akan ke presint 3 tu..Bangun pagi-pagi lepas solat subuh terus aku buat breakfast nak bawak bekal makan kat sana..Gigih mak  memasak..Siap menu pagi tu nasi lemak..hamik beria berjoging..lepas buang lelemak dan kalori mari kita tambah balik kalori yer..hehehe...

Macam biasa la kan..Incik suami aku joging..Ilham kayuh basikal..imani duduk jadi mem besar dalam stroller..aku plak tukang tolak stroller...Ingat bole la duduk-duduk main tepon..skali incik suami yang mulut puaka sound jangan nak duduk main telepon je...jalan-jalan sama tolak anak bagi keluar peluh...uwaaa punah harapan mak...nangis lemak dengar suara puaka tu sound...

Gambar tak berapa nak bole snap sangat..maklumla dipantau oleh insik suami..kang tangan pegang tepon kena sound..so mari la kita berjalan tolak stroller..berpeluh-peluh jugak aku maklumla lelemak banyak.Semput jugak weh tolak anak ni..kitaorang joging sampai ke pullman..sekali halfway ilhami buat prangai plak letih tak nak kayuh basikal..Mujur kali ni incik suami siap ikat tali dekat basikal tu..So tarik je tali..hehehe...Imani behave dalam stroller tapi boring kot tak boleh nak jalan-jalan..tiap kali berenti bising nak bangun..Maka mama kena tolak non stop.

Dah penat joging..kasi abang sado bawak adik sado naik basikal plak...suka adik dapat naik basikal abang sado bawak..

sampai pejam mata siadik seronok

ayah escort dari belakang takut tetiba abang buat willy ke kan..

dah besar adik n abang

adik kemain happy lagi peluk abang takut jatuh

ayah as ussual la kan..bodyguard..mama tukang snap

GIVEAWAY 1.0 BY HERNEE NAZIR

GIVEAWAY 1.0 BY HERNEE NAZIR
Klik Gambar ni Untuk Join

Cepat-cepat join GA 1.0 Hernee Nazir nih.. dapat adiah menarik tu...sape nak join klik je pada gamabr kat atas ni dan follow step yang hernee bagi..orite..

Hadiah yang akan dimenangi untuk kategori Blog:
Pemenang 1 : RM20 + 1 botol Chewable Vita-C (90 biji)
Pemenang 2 : 1 botol B-Complex (120 biji)
Pemenang 3 : 1 botol Zinc Complex (120 biji)
Pemenang 4 : Top Up RM20
Pemenang 5 : Top up RM10

Hadiah yang akan dimenangi kategori Facebook/ Instagram:
Pemenang 1 : RM20 + 1 botol Chewable Vita-C (90 biji)
Pemenang 2 : Top up RM30

Giveaway Wallet By Opzzpinky

http://www.opzzpinky.my/2015/08/giveaway-wallet-by-opzzpinky.html

Nampak tak wallet yang clour cute-cute tu..dah la aku suka kaler finky-finky nih...So sape-sape yang nak bole join Giveaway Wallet By Opzzpinky
Syarat nak join sonang aje :

Follow Blog Sha :
 
Like Fan Page  - Done
 
Follow kita dekat Insta- Done (tapi ni sape takde intsa pon takpe)

Simple kan..so apa lagi lama tau GA ni sebulan tu.. 12 Aug - 12 Sept so apa lagi cepat join!!!

Mandi Manda Di Dataran Gemilang

Cerita mandi ahad lepas. Kitaorang pergi mandi pool dekat Dataran Gemilang Presint 4. Memang tak plan pon nak pegi mandi sana..Since si abg Ilhami request dekat ayah petang sabtu cakap ayah abang nak mandi pantai..So ayah tanya mama dekat mana nak bawak si abang dengan adik pegi mandi..Nak menapak ke PD, Morib or sepang macam malas..tetiba aku teringat Dataran Gemilang.

Pada yang tak tahu location tu..meh sini aku nak bagitau..Dataran gemilang ni betul-betul berhadapan dengan kementerian penerangan dan kementerian perumahan presint 4. Dataran gemilang ni yang dekat roundabout tu.Nampak gambar yang bawah tu..yang tanda bulat hitam tula kolamnya..ada 2 kolam atas dan bawah..memandangkan anak raja putera lilin aku tu taknak mandi kat kolam bawah so layankan aje mandi kolam atas..Parking mudah aje..nak-nak kalo pegi pagi-pagi weken..boleh parking ats atau pon bawah terus kat kolam..
sumber google
Aku pegi ahad pagi..siap buat breakfast so gerak la..lagipon dekat je kan dengan umah aku ni..dont worry shower pon ada..masa aku sampai tu tak ramai orang..cuaca pon redup je..best tenang..aku tak mandi pon..incik suami yang layan si abang dengan si adik..air pon cetek..tapi still perlu guide dengan orang dewasa..

shower -sumber dari http://alwzbemybaby.blogspot.com

Ni untuk panduan ibubapa yang datang kat sini

 sumber - http://alwzbemybaby.blogspot.com
Masa ni kitaorang mandi dekat bahgaian atas. Tengokla si abang tu kemain lagi ko.

ayah dah mcm coach je bagi arahan untuk abg ilham renang berirama..haha



adik paling happy bab main air ni...abang plak buat aksi renang

asal anak-anak gembira mama pon gembira

siabang selalu buat mama jerit2 sebab buat aksi mcm expert sangat renangnye..adik plak tukang mengikut
layankan je la anak-anak..sekurang-kurangnya ada gak aktivti untuk dorang..lupa plak..kat Dataran Gemilnag ni selalu jugak buat macam-macam event..so pada yang nak datang tu memang sesuai untuk famili sangat la...So let's enjoy...