Kelas Memasak CHOUX PASTRY

Ini cerita masa aku join bengkel memasak anjuran PUSPANITA. Kelas ni buat hari jumaat separuh hari je. Aku pegi dengan opismate aku..Semangat betul nak belajar buat choux pastry..Lagipon bayaran tak mahal mana 1 kelas RM20 siapa tak nak kan.Kalau kat luar mahal.Bila dah ada yang murah ni mari la kita mendaftar.
Kelas ni buat dekat presint 10 dekat rumah persinggahan tu..Sebelum ni dekat bangunan puspanitapuri.agak crowded la sebab ramai kan. Dalam 1 group dekat 6-8 orang.Dah nama pon yuran murah, harusla ramai join.
Tak la susah mana pon nak buat bahan-bahan pon senang
Ni suasana dalam rumah tempat aku belajar membuat choux pastry tu.Masa ni tengah memilih tempat.Aku punya tempat harusla depan skali duduk depan cikgu..hehehe

 
Tengok Bahan-Bahan pon senang kan. Bila pergi menuntut ilmu ni baru la betul teknik nak membuat ni..Tidak mau hentam je kan follow blog orang lain..blog tu dah betul bagi cara buat..aku je yang memang tak reti tu yang kadang-kadang bantat..Kena la belajar orang cakap perlu berguru barula berjaya.

 Tara tengok hasil membuat doh yang betul comel je kan.Lupa plak aritu kitaorang belajar buat swan,cream puff dan eclair..aku paling suka buat cream puff dan eclair je la..swan aku tak gigih sgt nak buat..hahaha...


 Ni cikgu kitaorang hari tu..Dan cikgu yang sama untuk kelas-kelas yang lain..Cikgu ni ngajar dekat kolej komuniti dan sangatla baik ngajar tak kedekut ilmu.

 ok wefie kejap tuan tanah kedaung dan opismate aku sorang nih.. sementara tunggu nak siap bakar

 Ok taraaaaaa hasil setelah siap bakar..gemuk-gemuk macam tuan yang buat kan..hehehe...

 Last skali hasil buat swan..dan dip-dip dengan coklat..perh sedap..inti pon siap buat kan..sedap2 just nice tak manis sangat..i loike...Bulan depan da kelas lagi aku join lagi untuk kelas congo bars dan brownies.

No comments: