Koleksi Anggun Rizman Ruzaini



Memandangkan tak lama lagi dah nak Raya Haji. Sangat sesuaila pada mereka-mereka yang tengah mencari baju raya.Pastu baju plak rekaan designer yang meletops!!! Kenai dak Rizman Ruzaini???hoii rugi tak kenai oiii..dah la macho buat baju pon lawa-lawa..Sentuhan penuh magis gitu kan.
Memandangkan industri fesyen tempatan sememangnya meriah dengan koleksi pakaian hasil sentuhan pereka-pereka fesyen yang berbakat dan salah satunya adalah Rizman Ruzaini yang cukup disegani. Nama yang seangkatan pereka-pererka terkenal yang lain seperti Jovian Mandagie, Rizalman dan Hatta Dolmat ini cukup mendapat perhatian ramai penggemar fesyen termasuklah selebriti-selebriti terkenal tanah air. Meleleh ayaq mata tengok design yang memang cun sangat nih



Nama-nama besar seperti Dato Siti Nurhaliza, kak ZZ (Ziana Zain) Misha Omar dan Erra Fazira merupakan diantara selebriti yang sering tampil dengan menggayakan koleksi pakaian menawan hasil sentuhan ajaib pereka fesyen muda yang berbakat ini.Ha kan dah cakap bukan sebarang selebriti yang pakai kalau korang beli pakai masa raya nanti..KOMPOM balik kampung orang kampung ingat retis datang beraya umah ko.Mengakui trend fesyen Muslimah yang kian mendapat perhatian ramai, Rizman Ruzaini juga kini turut tampil dengan koleksi pakaian Muslimah seperti baju kurung dan jubah dengan sentuhan moden yang cukup anggun. Memang sesuai sangatkan..No more excuses nak melawa..Sekarang muslimah pon dah boleh berfesyen kan.Nah akak payung lagi gambar koleksi Rizman Ruzaini kat bawah nih..
 



Penggunaan fabrik selesa dengan pemilihan warna pastel yang lembut menjadikan penampilan si pemakai kelihatan begitu feminine dan bergaya. Memang selesa sangatkan.Tengok gambar pon dah tahu. Bukan itu sahaja, Rizman Ruzaini juga bijak menggunakan elemen lace sebagai perincian utama yang menonjolkan lagi koleksi terbaru beliau.
Untuk koleksi Rizman Ruzaini for ZALORA ini, anda juga berpeluang untuk memilikinya secara online di laman web ZALORA Malaysia dalam tawaran harga yang cukup berpatutan. Pembelian yang amat pantas dan mudah dengan hanya beberapa klik. Buat pembelian anda hari ini juga dan nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta pemulangan juga percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Ha tunggu apa lagi sila la ke website ZALORA dapatkan koleksi terkini RIZMAN RUZAINI dan feeling retis gitu..

9 comments:

Tuan Nurul Ain Tuan Ismail said...

cantiknya baju


Dulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR

cikcoklat a.k.a Haiza said...

Beli2 mmg cantik...

aeinna Musa said...

done follow awak #104

ena pernah jumpe rizalman ni..tp dulu la..waktu tu dia berisi sikit.hihi

QasehnyaRania said...

pakai cantik cantik kang tak berapa nak rajin pergi dapur pulak time raya.hihi.
mmg cun kan

cikcoklat a.k.a Haiza said...

Aah dl dia berisi...thanks yer folow kite

cikcoklat a.k.a Haiza said...

Tau xpa..harusla xmasuk dapoq bj lawa2 ni syg kan

Missdae said...

salam.. info yang sgt bermanfaat. Jemput join giveaway kita http://missdae.blogspot.my/2015/09/giveaway-10-missdae.html

thank you so much :)

Mardiah Diana said...

Semua pun cantik2... Diana follow sini... #107

Khai♥Rin : anies said...

cantik2 belaka..kalau dapat sehelai niiiii...alahaiiii