Sukan Tahunan Si comel

Hai semua...Lama sungguh tak update blog..Berkurun aku rasa dah tak update.Mood ntah lari kemana.Nak-nak bila preggy nombor 3...Dah nak jadi mak anak 3 dah aku nih..So far Alhamdulillah..walaupon memula pregnant ada sikit problem..Tapi Alhamdulillah semua ok.
Kejap je aku rasa dah nak masuk 3 orang anak..hehehe...Rasa macam Imani baru jer bersalin..dan still rasa macam dia baby..hehehe...
Last week ada Sukan Nursery Ilham dan Imani...Abang Ilham macam biasa la semua acara dia nak masuk...Yang si adik pula..Imani masuk acara tapi macam orang takde perasaan..Kita punya bagi support jerit-jerit suruh lari..Imani boleh jalan je tengok..hahaha..Imani la..memang muka slamber ko dik...
Bangun awal pagi dua bradik tu.dah tak payah mama nak kejut..semangat sungguh Ilham nak bersukan..Kalau tanya Imani dia pon sama je, dia mengikut je apa yang abang buat.
Sukan tahunan buat dekat padang kejiranan Presint 16. Maka marilah kita ke sana beramai-ramai..Nursery Ilham semua pakai baju oren..maklumla dorang semua mewakili buah Salak..Lupa pulak aku nak snap..sebabnya aku bukan larat nak berdiri lama-lama dengan perut besar..Ini pon aku gagah juga sebab 1st time ank-anak masuk sukan..mak is teruja lebih...haha..excited nak tengok anak-anak main..Alhamdulillah Ilham dan Imani ok..
ni sebelum acara perbarisan
imani dan ilhami

ni acara back walk coconut

blind shoot

yeay abg ilham juara..suka nau


sirambut kinting ni tak tahu apa..mujur dpt jugak hadiah

ni bukan acara ayah dan anak..tapi ayah tlg bawak imani lari..dia rilek je...


Aku pon nak menaip malas..hehehe...okla update secoet nih...nanti rajin aku update lagi..sekian melaporkan sukan tahunan taska Ilham dan Imani